AL MALIKI TRAVEL

Pengarah Urusan

PENGENALAN 

Dato’ Seri Sheikh Haji Mohd Firdaus bin Abdul Wahid Al Makki Al Hasani di lahirkan pada 29 April 1989 bersamaan (23 Ramadhan 1409H) . Beliau telah mendapat pendidikan di Makkah Al Mukaramah pada usia mudanya di  beberapa institusi pengajian di Makkah Al Mukaramah antaranya ialah Jami’ah Al Khidri Masjidil Haram Makkah , Maahad Al Haram Al Makki, Madrasah Sayyid Abbas Alawi Al Makki dan Madrasah Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki.

Beliau banyak memberikan sumbangan dan khidmat pada masyarakat di dalam dan luar negara. Antara penglibatan khidmat beliau ialah pernah menjadi Pengetua  di Sekolah Agama Tikam Batu Kedah di usia 25 tahun. Beliau juga merupakan Penasihat Agama Diraja Istana Seri Tambun, Perak dan terlibat dalam menyampaikan Khursus Penghayatan Umrah dan Haji juga sekaligus terlibat dalam beberapa persatuan antaranya Persatuan Nur Salam Al Maliki Malaysia sebagai Pengerusi dari tahun 2011 sehingga         2017. Selain itu, beliau juga terlibat dengan penglibatan Pertubuhan Kebajikan Akrab Malaysia sebagai Penasihat Utama dari tahun 2012 sehingga  2019.

Di luar negara pula beliau banyak terlibat sebagai pembimbing haji dan umrah dari tahun 2009 sehingga kini, bahkan beliau juga mempunyai kelengkapan yang mencukupi bagi jemaah untuk memudahkan urusan penginapan hotel di Makkah Al Mukaramah.

Beliau juga sering berulang-alik dari Makkah Al Mukaramah dan Malaysia. Oleh itu, beliau banyak membantu warga Malaysia untuk memudahkan urusan ibadah haji termasuk dalam memperolehi visa atau permit dalam menunaikan ibadah haji.

Kini beliau memegang jawatan Pengarah Urusan dan menubuhkan beberapa syarikat yang melibatkan  pengurusan dan pengoperasian melibatkan masyarakat antaranya ialah Al Maliki Travel (NS Empire Travel & Tours Sdn. Bhd.) , NS At Taibun Sdn. Bhd, NS Empire Solutions , Al Maaliki Empire.

Beliau juga mempunyai perniagaan barangan timur tengah termasuk dari Dubai, Turki, dan serantau negara Arab.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam sejak dari 2008 sehingga kini hasil dari pendidikan di Makkah Al Mukaramah. Beliau juga melatih masyarakat berkenaan pentingnya perubatan  islam  termasuk menyampaikan kaedah cendekiawan Islam dalam  ilmu perubatan iaitu kaedah ibnu sina bagi rawatan fizikal  dan rohani.

Bukan itu saja bahkan beliau terlibat secara langsung di bawah kajian susun jalur kesultanan brunei yang hilang sejak tahun 2013 sehingga 2018 bersama yayasan Tun Ahmad Shah. Beliau juga mempunyai pengalaman bahkan di amanah oleh Sayyid Abbas bagi mengumpul dan kembali nasab ahlul bait Rasulullah S.A.W. di sebelah saidina Hassan cucu Rasulullah S.A.W.